AL-QURAN ADALAH WAHYU ALLAH SWT
Penurunan Al-Quran berlaku 3 tahap:
Tahap pertama, A-Quran diturunkan secara keseluruhan (sedebuk) ke Luh Mahfuz.
بَلۡ هُوَ قُرۡءَانٌ۬ مَّجِيدٌ۬ (٢١) فِى لَوۡحٍ۬ مَّحۡفُوظِۭ (٢٢)
Tahap kedua, dari Luh Mahfuz ia diturunkan ke baitul ’Izzah yang terletak di langit dunia pada malam Lailatul Qadar.
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)
“Bulan Ramadhan, bulan yang didalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza.” – (al-Baqarah:185) -
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣)
Dengan dalil-dalil ini menunjukkan bahawa semua peristiwa dan cerita di dalam al-Quran telah ditetapkan oleh Allah swt yang memang akan berlaku satu demi satu sehinggalah hari Qiamat. Ini lah yang dikatakan sebagai projek Allah azzawajalla. Qadha’ dan Qadhar Allah swt ini tidak kita ketahui, oleh itu kita kena berusaha kearah kebaikan seperti mana garis panduan yang diberikan oleh Allah swt di dalam al-Qur’an dan Hadith.
Tahap ketiga, dari Baitul’izzah ia diturunkan beransur-ansur kepada Rasululah saw melalui Malaikat Jibril.
Ibnu Abbas menyatakan;
“Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatuqadar dalam bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian diturunkan secara beransur-ansur.”
Penurunan ini berlaku selama 22 tahun, 2 bulan dan 22 hari.(23 tahun)Iaitu 13 tahun di Mekkah dan 10 tahun di Madinah.
Penurunan al-Quran adalah mengikut suasana/keadaan ketika itu. Kita panggil ia sebagai "mulabasatul Quran".
Cara penurunan di Makkah
3 tahun pertama adalah suasana dakwah Rasulullah saw secara sembunyi(Sir), 7 tahun kemudian adalah suasana dakwah Rasulullah saw secara terang-terangan(Jahr), dan 3 tahun terakhir adalah suasana dakwah Rasulullah saw keluar dari Kota Makkah. Semuanya adalah 13 tahun. Kebanyakan ayat yang diturunkan pada zaman ini adalah untuk membaiki aqidah jahiliyyah ke aqidah Islam.
Kemudian berlaku penghijrahan Rasulullah saw ke Madinah.
Cara penurunan di Madinah
Banyak berlaku peperangan di peringkat ini. Oleh itu, ayat ayat yang diturunkan adalah bersesuaian dengan keadaan tersebut. Oleh itu, kebanyakan ayat yang diturunkan adalah mengenai hukum hakam.
Penyusunan Surah-surah dalam al-Quran
Kemudian, Siapa yang menyusun surah-surah di dalam al-Qur’an mengikut susunan seperti sekarang?
Setiap tahun, Jibril datang bersolat dengan Rasulullah saw pada bulan Ramadhan. Jibril membaca mengikut susunan yang dikehendaki oleh Allah swt (Taufiqi). Setiap tahun bacaan dalam solat bertambah lama kerana berlaku pertambahan surah-surah. Sehinggalah lengkap satu al-Quran seperti sekarang.
Bagaimana kita nak berinteraksi dengan al-Quran sebagaimana di zaman Rasulullah saw? Mereka seolah-olah berkata-kata dengan al-Quran. Mengikut arahan dan saranan yang ada di dalamnya dengan tanpa banyak soal. Mereka yakin setiap yang ada di dalamnya adalah benar belaka dan membawa kebaikan. Maka “سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَاۖ”.

Comments
Post a Comment