TIPS BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

 

Apa perasaan kita apabila membaca al-Quran?

Pernahkah kita tidak merasa apa-apa ketika membaca al-Quran? 

macam biasa je perasaan... no feeling....

Nak baca pun kadang-kadang terasa berat, apatah lagi nak faham...

nak dihayati...

nak diamalkan dan kemudian jadi pemakngkin dalam cara hidup kita...

tapi.... kita tidak terkesan pun dengan apa yang kita baca... betulkan!

kita tidak dapat mengubah cara kita berfikir dan cara amalan hidup kita..

Seolah-olah kita di satu pihak dan al-Quran itu di pihak yang lain.. Sedangkan kita tahu al-Quran itu adalah wahyu dari Allah.. Yang menciptakan kita bahkan Penguasa Alas Semesta..


Analoginya seperti benih dan tanah

Katakan benih itu adalah al-Quran manakala tanah itu adalah kita;

Kalau benih itu ditanam, tetapi pokok tidak tumbuh, apa masalahnya??

Benih bermasalah atau tanah yang bermasalah?

Dalam hal ini pastilah tanah yang bermasalahkan.. (kita la tu....)


Sebenarnya kita yang tidak faham al-Quran...😥

Apa yang terjadi jika memahami al-Quran?

Cuba kita lihat contoh orang yang memahami al-Quran:

Pertama: Nabi Muhammad s.a.w

Apabila Nabi Muhammad s.a.w mendapat wahyu 6 ayat surah al-Muddathir dan memahaminya, Rasulullah s.a.w terus bangun daripada selimut dan bergerak untuk berdakwah.


Kedua: Khalifah Umar r.a

Apabila dibacakan 7 ayat surah Taha, Umar r.a memahami ayat tersebut dan berkata: "Alangkah indahnya.. alangkah mulianya...". Kemudian terus jatuh cinta dengan ayat Allah sehingga meneruskan pembacaan sehingga ayat 12. Selepas itu, beliau terus menyerahkan diri kepada Allah s.w.t dan beriman kepada Allah s.w.t..


- طه (١) مَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡقُرۡءَانَ لِتَشۡقَىٰٓ (٢) إِلَّا تَذۡڪِرَةً۬ لِّمَن يَخۡشَىٰ (٣) تَنزِيلاً۬ مِّمَّنۡ خَلَقَ ٱلۡأَرۡضَ وَٱلسَّمَـٰوَٲتِ ٱلۡعُلَى (٤) ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ (٥) لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا وَمَا تَحۡتَ ٱلثَّرَىٰ (٦) وَإِن تَجۡهَرۡ بِٱلۡقَوۡلِ فَإِنَّهُ ۥ يَعۡلَمُ ٱلسِّرَّ وَأَخۡفَى (٧)


Toha(1) Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu supaya engkau 

menanggung kesusahan (2); Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang yang bertaqwa (3); (Al-Quran) diturunkan dari (Allah) yang telah mencipta bumi dan langit yang tinggi (4); iaitu (Allah) yang bersemayam di atas arasy (sesuatu dengan kelayakanNya) Dialah juga yang memiliki segala yang dilangit dan dibumi, serta yang di antara keduanya (5) dan juga yang dibawah tanah (perut bumi)


Ketiga: Para sahabat r.a

Apabila diturunkan ayat pengharaman arak, para sahabat terus menuangkan arak di jalanan sehingga bumi Madinah basah (becak).


Keempat: Tabi'in besar, Said bin Musayyaf 

Beliau seorang yang sudah tua; kening pun dah turun dan beliau buta mata sebelah. Apabila beliau memahami ayat 41 daripada surah at-Taubah, beliau pergi berperang walaupun sudah uzur.


ٱنفِرُواْ خِفَافً۬ا وَثِقَالاً۬ وَجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِڪُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun berasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”

Bagaimana kita nak faham dan berinteraksi seperti mereka??

Maka disini 5 tips untuk merasai bagaimana berinteraksi dengan al-Quran:

1. Merasai al-Quran itu diturunkan kepada kita

2. Memahami dan mempelajari bahasa arab.

3. Membaca dengan hati yang berperasaan

4. Memahami sebab dan latar belakang penurunan ayat.

5. Menyedari siapa kita dan kenapa kita hidup di atas muka bumi ini.


Semoga anda dapat sesuatu dan amalkan bersama!

Comments

Popular posts from this blog

AL-QURAN ADALAH WAHYU ALLAH SWT